Tutup

Apa yang anda mahu cari?

Tutup

TENTANG JUICE PLUS+

Juice PLUS+® Company

VISI UNTUK MENGUBAH DUNIA

Menginspirasikan Kehidupan Sihat di Seluruh Dunia.

Juice Plus+ bukan sekadar pilihan terbaik selepas buah-buahan dan sayur-sayuran: Juice Plus+ menawarkan anda gaya hidup baharu yang lebih menyenangkan dan memuaskan. Sebenarnya, gaya hidup baharu ini telah mula dinikmati 20 tahun lalu. Namun, kisah sebenar tentang Juice Plus+ telah bermula lebih awal daripada itu. Pada 1970, Jay Martin telah menubuhkan NSA (Persatuan Keselamatan Negara) di Collierville, Tennessee (AS). Syarikat ini bermatlamat untuk menambah baik kehidupan manusia dengan menghasilkan pengesan api dan asap.  Pada tahun 1980-an, rangkaian produk mereka telah diperluaskan untuk merangkumi sistem penapis udara dan air, bagi meningkatkan kesihatan manusia.

Pada 1993, syarikat telah menetapkan asas-asasnya seperti yang diketahui pada hari ini. Dari situ, Juice Plus+ telah diperkenalkan. Sejak itu, Syarikat Juice Plus+ terus membangun dan mengembangkan rangkaian produk mereka.

Daripada perniagaan jualan langsung kecil-kecilan, syarikat telah berkembang kepada syarikat global berjaya yang membantu meningkatkan kehidupan orang ramai di lebih 20 buah negara.  Ibu Pejabat kami di Basel, Eropah bertanggungjawab untuk menyelaraskan perniagaan kami di semua negara Eropah.

Semangat beliau inilah yang mendorong matlamat bersama kami untuk membantu manusia sedunia menjalani kehidupan yang lebih sihat, dan lebih baik!

Kepercayaan Teras Syarikat Juice Plus+ terus digunakan untuk menetapkan kejayaan dan perkembangan kami. Kami berpegang pada prinsip-prinsip berikut:

KESINAMBUNGAN: Sejak penubuhannya, syarikat kami sentiasa berusaha untuk menjaga kesejahteraan jangka panjang bagi para pelanggan, wakil, pekerja, dan rakan niaga kami.

KETULENAN: Dalam semua hubungan syarikat, kami akan memaklumkan usaha kami dan melaksanakannya.

KUALITI: Kami berusaha untuk menyampaikan produk dan perkhidamtan yang premium dan mampan untuk pelanggan dan pekerja kami.

KOMUNITI: Kehidupan yang sihat bukan merangkumi tubuh yang sihat sahaja; ia memerlukan sokongan komuniti yang sealiran dengan tujuan yang sama.  Struktur ini dikenali sebagai Keluarga Juice Plus+. Kami memberi balik kepada mereka yang memerlukan melalui Yayasan Juice Plus+.  

KESEDERHANAAN: Kami cuba untuk memudahkan segala perkara, termasuk mengekalkan nutrisi produk dan mengukuhkan perniagaan kami.

MUDAH DIHUBUNGI: Kepercayaan Teras kami dikongsi secara terbuka, dan kami mengalu-alukan maklum balas tentang misi, produk, perkhidmatan, dan syarikat kami.

Pada 2013, kami telah meraikan ulang tahun kami yang ke-20.  Sebagai peneraju dalam industri kesihatan dan kesejahteraan, Syarikat Juice Plus+ sentiasa mengutamakan pengguna dan pelanggan. Industri ini membentuk salah satu pasaran terpenting dalam abad ke-21 yang boleh disertai oleh anda. Ketahui lebih lanjut tentang model perniagaan Francais Juice Plus+ kami! Francais Juice Plus+

KISAH JUICE PLUS+

Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa fitonutrien, vitamin dan mineral dalam buah-buahan dan sayur-sayuran adalah penting demi kehidupan yang sihat.  Pengesyoran oleh pakar merangkumi lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Mengamalkan pengesyoran ini setiap hari tidak selalunya mudah. Kita menyedari kepentingan diet yang seimbang untuk kehidupan kita. Perkara inilah yang kami ingin menawarkan kepada anda.  Juice Plus+ dirumus menggunakan proses yang memastikan ramuan berkualiti tinggi, dengan kebaikan daripada 30 jenis buah-buahan, sayur-sayuran dan beri, untuk membekalkan anda dengan tenaga dan kecergasan sepanjang hari.

Kami tidak sabar untuk menemani anda sepanjang perjalanan anda!

Juice Plus+ membantu anda mengawal kehidupan anda dan memastikan anda mendapat diet yang seimbang dan sihat!  Kedai Juice Plus+