Tutup

Apa yang anda mahu cari?

Tutup

tiada item untuk dipaparkan

Product
KUANTITI 0
RM0.00

Akaun Saya

DASAR PRIVASI DAN KUKI JUICE PLUS+

Juice Plus+ meletakkan perlindungan data sebagai keutamaan tertinggi, dan sejak mula beroperasi, kami sentiasa memastikan perkhidmatan kami mematuhi dasar privasi yang kukuh, dan mengharapkan perkara yang sama daripada rakan perniagaan kami.

Dasar Privasi dan Kuki ini (“Dasar”) menjelaskan jenis maklumat peribadi (“Data”) yang mungkin dikumpulkan apabila anda mengakses Tapak Web Juice Plus+ atau apa-apa tapak mudah alih, aplikasi, dan lain-lain ciri atau perkhidmatan interaktif (“Tapak”) bagi Juice Plus+, yang disediakan untuk wakil Juice Plus+ (“Rakan Francais”) melalui Tapak. Dasar ini turut menjelaskan cara Data anda digunakan, bila (dalam keadaan tertentu) Data anda boleh didedahkan, dan cara Data anda boleh diakses dan dikemas kini. Dasar ini turut membutirkan langkah-langkah yang diambil untuk melindungi Data anda. Sila ambil maklum bahawa Dasar ini boleh diubah dari semasa ke semasa, jadi sila semaknya selalu.

Kepentingannya:

  • Kami menyimpan data anda dengan selamat dan terjamin, selagi ia diperlukan
  • Kami menggunakan data anda secara adil dan sah bagi menambah baik pengalaman anda
  • Anda bertanggungjawab atas cara dan waktu perhubungan anda dengan kami
  • Kami tidak menjual apa-apa maklumat peribadi yang diberikan oleh anda

 

Dalam Dasar Privasi ini, individu pertama ("kami", "kita") mewakili The Juice Plus+ Company Ltd atau mana-mana subsidiari atau ahli sekutu yang berkaitan dengan jenama Juice Plus+® (secara ringkasnya, "Juice Plus+") yang bertanggungjawab atas pengumpulan dan pemprosesan Data, dan adalah terikat oleh Dasar Privasi ini.

Individu kedua ("anda", "kamu") mewakili anda sebagai pelanggan, atau umumnya, individu yang memberikan Maklumat Peribadi atau apa-apa maklumat lain, sebagai subjek bagi Dasar Privasi ini.

Mengakses atau menggunakan Tapak ini bermakna anda bersetuju dengan keseluruhan terma dan syarat Dasar ini. Kami tidak bertanggungjawab atas kandungan, atau amalan privasi bagi sebarang perkhidmatan bukan Juice Plus+ yang dipautkan dari Tapak, atau yang dipautkan ke Tapak.

Untuk menggunakan Tapak Juice Plus+, pengguna perlu berumur sekurang-kurangnya 16 tahun.

1. Bilakah Data dikumpulkan dan apakah tujuannya?

Di Juice Plus+, kami hanya mengumpulkan amaun dan jenis data yang diperlukan bagi tujuan yang telah dikenal pasti, dan kami hanya mengumpulkan Data yang anda berikan secara sukarela.

Meskipun butiran terperinci bagi Data yang dikumpulkan adalah berbeza menurut tujuan khususnya, kami mungkin akan mengumpul Data berikut daripada atau yang berkaitan dengan anda:

Data Tujuan
Maklumat tentang penggunaan Tapak oleh Anda ("Data Penggunaan"). Data ini boleh merangkumi alamat IP Anda, lokasi geografi, jenis dan versi pelayar, sistem operasi, sumber rujukan, tempoh lawatan, paparan halaman dan laluan navigasi tapak web, di samping maklumat tentang pemasaan, kekerapan dan corak penggunaan Tapak oleh Anda. Sumber bagi Data Penggunaan adalah sistem penjejakan analitik oleh pihak ketiga. Data Penggunaan mungkin diproses untuk mengendalikan, menyediakan, menambah baik, memahami, menyesuaikan, menyokong, serta memasarkan Produk dan Perkhidmatan kami kepada Anda.
Maklumat yang terdapat dalam profil peribadi Anda di Tapak atau yang diberikan kepada Rakan Francais Anda melalui Tapak ("Maklumat Akaun."). Ini boleh merangkumi, tetapi tidak terhad kepada:
  • Nama Anda
  • Alamat
  • Nombor Telefon
  • Alamat E-mel
  • Gambar profil
  • Jantina
  • Tarikh Lahir
  • Status Perkahwinan
  • Minat dan Hobi
  • Butiran Bayaran dan transaksi anda
  • Nombor Sekuriti Sosial dan/atau ID Cukai
  • Membuat pemesanan produk
  • Membekalkan produk dan perkhidmatan,
  • Mempromosi dan mengiklankan produk dan perkhidmatan kami
  • Menyokong, menambah baik, membaiki, dan menyesuaikan Perkhidmatan kami
  • Menghubungi Rakan Francais untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan
  • Memberikan maklumat tentang produk dan perkhidmtan kami serta tawaran istimewa kami
  • Bersedia sebelum memasuki perjanjian Rakan Francais dengan anda
  • Menghantar dan mengambil semula produk dan untuk menguruskan waranti
  • Memenuhi kewajipan sah kami, seperti: untuk menjalankan operasi panggilan semula produk; dan untuk menyediakan maklumat yang diminta oleh badan awam dan pihak berkuasa kehakiman.
Maklumat berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan atau untuk mengakses data anda ("Data Pertanyaan") yang terkandung dalam pertanyaan anda kepada kami. Data Pertanyaan mungkin diproses untuk menawarkan, memasarkan dan menjual produk dan/atau perkhidmatan yang relevan kepada anda, atau untuk memberikan maklumat yang diminta.
Maklumat berkaitan dengan transaksi, termasuk pembelian dan penghantaran produk serta perkhidmatan yang digunakan oleh Anda melalui Tapak Web dan/atau melalui Rakan Francais Anda ("Data Transaksi"). Data Transaksi boleh merangkumi butiran hubungan anda, butiran kad yang diberikan dan butiran transaksi. Data Transaksi mungkin diproses untuk membekalkan barangan dan perkhidmatan yang dibeli, menguruskan pesanan Anda dan menyimpan rekod yang betul bagi transaksi tersebut.
Maklumat yang anda berikan kepada kami, melalui Tapak dan/atau melalui Rakan Kongsi Francais Anda, untuk tujuan melanggan pemberitahuan e-mel dan/atau surat berita kami ("Data Pemberitahuan"). Data Pemberitahuan mungkin diproses untuk menghantar pemberitahuan dan/atau surat berita yang relevan kepada Anda. Jika anda tidak mahu menerima e-mel tersebut, klik pada pautan “tamatkan langganan” di bahagian bawah e-mel atau hubungan kami dan/atau ikuti arahan yang terdapat di bawah “Hubungi Kami”.
Maklumat yang terkandung dalam atau yang berkaitan dengan apa-apa komunikasi melalui Tapak Web atau melalui Rakan Francais Anda ("Data Surat-menyurat"). Data Surat-menyurat boleh merangkumi, tetapi tidak terhad kepada kandungan komunikasi dan metadata berkaitan dengan komunikasi dan respons anda. Data Surat-menyurat mungkin diproses untuk berkomunikasi dengan anda dan untuk menyimpan rekod.

2. Apakah asas undang-undang untuk pengumpulan dan penggunaan Data?

Kami mengumpul, menggunakan, dan berkongsi data menurut undang-undang berikut:

  • untuk memenuhi terma kontrak kami dan/atau di atas permintaan anda, sebagai persediaan untuk memasuki kontrak tersebut;
  • untuk menepati persetujuan anda, yang mana boleh dipinda, dikemas kini, atau dibatalkan pada bila-bila masa;
  • untuk menepati persetujuan yang diberikan oleh Anda bagi penjejakan analitik Data Penggunaan oleh pihak ketiga;
  • untuk memenuhi kepentingan sah kami, termasuk kewajipan kami untuk menjalankan perniagaan kami menurut amalan komersial yang sah, contohnya, untuk menyediakan produk dan perkhidmatan serta menjalankan pemasaran langsung; untuk mengekalkan akaun dan rekod; untuk mencegah dan menangani penipuan, penggunaan Produk dan Perkhidmatan Juice Plus+ yang tidak dibenarkan, pelanggaran terma dan dasar kami, atau aktiviti lain yang berbahaya atau menyalahi undang-undang; untuk melindungi diri kami (termasuk hak, harta atau Produk kami), pengguna kami atau orang lain, termasuk yang berkaitan dengan penyiasatan atau pertanyaan kawal selia; untuk melindungi sistem dan mencegah aktiviti spam, ancaman, penyalahgunaan, atau pelanggaran, dan untuk menggalakkan keselamatan dan perlindungan bagi seluruh Tapak Juice Plus+; untuk mentadbir kumpulan dalaman dan mentadbir hubungan lain;
  • untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami; dan
  • untuk melindungi kepentingan anda, atau orang lain;    

3. Bagaimanakah Data dikongsi, dipindahkan atau didedahkan?

Dengan Siapa Perlindungan
Syarikat kumpulan. Maklumat yang anda berikan kepada kami mungkin digunakan untuk menyediakan maklumat dan perkhidmatan yang diminta oleh anda. Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan syarikat gabungan untuk mengendalikan, menyediakan, menambah baik, memahami, menyesuaikan, menyokong, dan memasarkan Produk dan Perkhidmatan kami. Perkara ini termasuk membantu menambah baik infrastruktur dan sistem penghantaran, memahami cara Tapak kami digunakan, menyediakan anda dengan cara untukmenghubungi Rakan Francais, dan untuk melindungi sistem. Kami juga berkongsi maklumat untuk mencegah aktiviti spam, ancaman, penyalahgunaan, atau pelanggaran, dan untuk menggalakkan keselamatan dan perlindungan bagi seluruh Tapak Juice Plus+.
  • Apabila kami berkongsi atau memindahkan data kepada syarikat kumpulan, kami akan meminta mereka untuk menggunakan Data anda menurut Dasar ini.
  • Pemindahan data berhubungan produk dan perkhidmatan Juice Plus+ dari Kesatuan Eropah ke AS dan Switzerland, diperakui oleh Rangka Kerja Perlindungan Privasi EU-A.S. dan Rangka Kerja Perlindungan Privasi Switzerland-A.S. dengan Jabatan Perdagangan A.S.    
Rakan Francais. Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan Rakan Francais untuk mengendalikan, menyediakan, menambah baik, memahami, menyesuaikan, menyokong, dan memasarkan Produk dan Perkhidmatan kami, dan untuk menyediakan Rakan Francais dengan kredit bagi pesanan produk dan pendaftaran pelanggan. Apabila kami berkongsi atau memindahkan data dengan atau kepada Rakan Francais, kami akan meminta mereka untuk menggunakan Data anda menurut arahan kami dan terma Dasar ini.
Penyedia Perkhidmatan Pihak Ketiga. Kami bekerja dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga untuk mengendalikan, menyediakan, menambah baik, memahami, menyesuaikan, melindungi, menyokong, dan memasarkan Perkhidmatan kami. Apabila kami berkongsi maklumat dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga untuk melakukan perkhidmatan sokongan buat kami, mereka boleh mengakses Data anda hanya untuk tujuan melakukan perkhidmatan sokongan tersebut (menurut arahan kami), dan Data mesti disimpan dengan selamat.
Pihak Berkuasa Selain pendedahan maklumat tertentu yang ditetapkan dalam Dasar, kami mungkin perlu mendedahkan maklumat anda untuk melindungi kepentingan utama anda atau kepentingan utama orang lain, melaksanakan atau mempertahankan tuntutan undang-undang sama ada melalui prosiding mahkamah atau prosedur pentadbiran atau di luar mahkamah, atau untuk memastikan keselamatan negara atau mematuhi penguatkuasaan undang-undang. Apabila kami berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa, mereka boleh mengakses Data anda hanya untuk sebab-sebab sah dan untuk tujuan tertentu tersebut.

4. Berapa lamakah kami menyimpan data tersebut?

Data Anda akan disimpan selagi ia diperlukan bagi memenuhi tujuan dan perkhidmatan tertentu yang Anda minta, dengan syarat tiada keperluan undang-undang yang bertentangan, seperti untuk mengekalkan data menurut peraturan perdagangan atau cukai, atau untuk menyelesaikan pertikaian.  

Jika anda ingin menguruskan, menukar, membataskan, atau memadam Data anda, sila ikut arahan dalam Bahagian 8.

5. Bagaimanakah cara untuk melaksanakan hak Anda?

Di bawah Peraturan Perlindungan Data Umum atau sebarang undang-undang privasi lain yang berkenaan, anda berhak untuk mengakses, membetulkan, menyimpan, dan memadam maklumat anda, selain menyekat dan membantah pemprosesan maklumat tertentu, melainkan pemprosesan perlu dibuat atas tujuan sah, atau atas sebab undang-undang.

Apabila kami menggunakan Data anda untuk pemasaran langsung, anda boleh membantah dan memilih untuk berhenti menerima mesej pemasaran seterusnya dengan menggunakan pautan batalkan langganan dalam komunikasi tersebut.

Anda boleh mengemas kini maklumat penghantaran atau pembilan, dan Maklumat Peribadi lain yang diberikan kepada kami dengan melog masuk ke halaman Akaun Pelanggan Anda, dan membuat perubahan atau pembetulan yang sesuai dengan mengklik butang edit di sebelah “Maklumat Hubungan”. Akaun anda boleh dinyahaktifkan dengan menghubungi sokongan pelanggan kami di [email protected]. Setelah anda melakukannya, akaun anda kemudian akan dinyahaktifkan pada masa depan, walaupun Maklumat Peribadi tertentu mungkin masih dikekalkan ke tahap yang perlu bagi memenuhi keperluan perniagaan kami yang sah, mematuhi undang-undang berkenaan, menyelesaikan pertikaian, dan menguatkuasakan kontrak kami.

Untuk melaksanakan hak anda bagi semua perkara lain, ikut arahan dalam Bahagian 8.

6. Bagaimanakah Data Anda dilindungi?

Di Juice Plus+, kami melindungi Data daripada kehilangan atau kecurian, dan juga akses, pendedahan, penyalinan, penggunaan atau pengubahsuaian yang tidak dibenarkan dengan perlindungan yang sesuai dengan sensitiviti Data, tanpa mengira format pemegangannya

Dari segi ini, kami menggunakan pelbagai kaedah untuk melindungi Data. Ia merangkumi:

  • Langkah-langkah fizikal: Lokasi Pelayan yang terlindung, sekatan akses, dan sistem penggera.
  • Alat teknikal: kata laluan dan penyulitan, menggunakan amalan terbaik industri.
  • Kawalan organisasi: perjanjian sulit, membataskan akses kepada perkara yang perlu diketahui, latihan kakitangan dan penapisan keselamatan.
  • Perlindungan dalam talian: seperti alat-alat penyulitan dan pengesahan untuk melindungi Data anda daripada penggunaan yang tidak dibenarkan. Tembok api digunakan untuk melindungi pelayan dan rangkaian kami daripada akses pengguna yang tidak dibenarkan dan pengubahan fail dan maklumat lain yang disimpan.
  • Kami menggunakan teknologi Lapisan Soket Selamat (SSL) untuk melindungi maklumat kad kredit anda dalam talian, dan sebagai syarikat global, Juice Plus+ telah mendaftar dan harus mematuhi Standard Keselamatan Data Industri Kad Pembayaran (PCI DSS) yang diuruskan oleh Majlis Standard Keselamatan PCI untuk memperbaiki keselamatan kad kredit bagi semua pelanggan kami. PCI DSS adalah standard sekuriti berbilang aspek yang merangkumi keperluan untuk menguruskan perlindungan, dasar, prosedur, seni bina rangkaian, reka bentuk perisian dan langkah-langkah perlindungan kritikal lain dengan tujuan untuk terus membangunkan, meningkatkan, menyimpan, mengedarkan, dan melaksanakan standard perlindungan yang tinggi bagi data akaun. Untuk butiran lanjut tentang PCI DSS, sila rujuk kepada: https://www.pcisecuritystandards.org.

7. Kuki

Bagaimana kami menggunakan kuki

Tapak kami menggunakan kuki. Kuki adalah fail data kecil boleh alih, yang disimpan oleh pelayar web komputer atau peranti anda, yang biasanya merangkumi pengecam unik tanpa nama. Kami menggunakan kuki supaya anda boleh menetapkan pilihan individu anda, selain menyediakan pengalaman pengguna yang lebih baik. Kuki juga membantu kami untuk mengkaji corak trafik di Tapak kami, menyimpan pilihan pengguna dan menjejak trend pengguna di Tapak kami, agar kami boleh mengenal pasti bahagian popular di Tapak kami untuk membantu kami mempertingkatkan pengalaman pengguna kami. Kami menggunakan kuki sesi dan kuki tetap; kuki sesi akan ditamatkan pada penghujung sesuatu lawatan ke Tapak kami, sementara kuki tetap (juga dipanggil kuki tersimpan) akan kekal aktif sehingga dinyahdayakan melalui tetapan pelayar anda, atau sehingga tarikh tamat yang telah ditetapkan lebih awal.

Bagaimana cara untuk mengawal kuki

Anda boleh mengikut arahan yang diberikan oleh pelayar atau peranti anda (biasanya terletak di bawah "Tetapan" atau "Pilihan") untuk mengubah tetapan kuki. Menetapkan pelayar atau peranti anda untuk menyahdayakan kuki akan mengganggu fungsi beberapa Tapak kami.

8. Bagaimana saya boleh menghubungi Juice Plus+?

Jika Anda mempunyai soalan atau kebimbangan tentang penggunaan maklumat Anda atau tentang Dasar, atau jika Anda ingin meminda, mengemas kini, membantah atau menyekat pengumpulan dan/atau pemprosesan maklumat yang anda berikan kepada Juice Plus+, atau akses kepada maklumat tersebut, sila hubungi Pasukan Privasi kami dengan mengklik pada pautan berikut.


Dikemas kini dan berkuat kuasa pada Khamis, 17 Mei 2018

Hak cipta© 2018, The Juice Plus+ Company Ltd. Hak cipta terpelihara.