tiada item untuk dipaparkan
BAGAIMANAKAH JUICE PLUS+® DIHASILKAN?
BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN RANUM TERUS DARI LADANG
Semua ramuan dalam Juice Plus+ dituai apabila ia sudah ranum sepenuhnya. Ini bermakna anda mendapat keluaran yang berkualiti tinggi terus dari ladang!
Prosedur pengejusan dan pengeringan kami mengeluarkan air dan komponen yang tidak digunakan untuk memekatkan ramuan tanaman secara perlahan-lahan. Ini bermakna sebanyak mungkin nutrien disimpan dalam bentuk semula jadinya.
RAKAN KONGSI KAMI MEMBEKALKAN KUALITI YANG TERBAIK
Kami inginkan yang terbaik untuk anda. Jadi, kami kerap memeriksa pembekal kami – dari penanaman hingga ke penuaian dan banyak lagi.
Kami juga mengekalkan hubungan yang mesra dengan rakan kongsi kami. Sebab kepercayaan dan kemampanan membentuk asas yang terbaik untuk produk yang benar-benar bagus.
PENGEKALAN YANG TELITI
Kami perlu bertindak pantas untuk menyampaikan manfaat terbaik daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebab itulah kami menempatkan loji pengejusan dan pengeringan Juice Plus+ berhampiran dengan ladang di mana ramuan kami dituai. Ramuan kami diproses sementara ia masih segar dari ladang.
Jika ini tidak dapat dilakukan, kami menggunakan proses Pembekuan Pantas Individu (IQF): Buah-buahan dan sayur-sayuran menjalani pembekuan kejutan untuk kekal segar.
Malahan, kesegaran ini boleh dinikmati sendiri melalui kesejahteraan diri anda.