tiada item untuk dipaparkan
PERMULAAN YANG SIHAT UNTUK KELUARGA
Mereka yang mempunyai anak pasti menyedari kepentingan permulaan yang sihat untuk kehidupan anak mereka. Bagi kami, kesihatan kanak-kanak bermula daripada kesihatan dalam rumah, jadi matlamat kami adalah untuk membantu seisi keluarga memupuk tabiat yang positif. Program Permulaan yang Sihat untuk Keluarga bertujuan untuk menginspirasikan kehidupan yang sihat di rumah dan memperkasakan keluarga untuk membuat perubahan gaya hidup yang mudah tetapi bermakna, bagi meningkatkan kesihatan mereka.
Bagi kami, mengamalkan gaya hidup yang sihat merupakan suatu usaha holistik, dan sebab itulah kami menumpukan fokus pada empat tiang teras kesejahteraan:
KAJIAN KESIHATAN KELUARGA
Satu komponen utama dalam inisiatif Permulaan yang Sihat untuk Keluarga adalah Kajian Kesihatan Keluarga. Merangkumi lebih daripada 1.5 juta keluarga, dan disokong oleh keputusan kajian selama 20 tahun, Kajian Kesihatan Keluarga ini Ia boleh membantu anda memanfaatkan kesan berpanjangan dan positif daripada perubahan yang dilakukan oleh anda sekeluarga. Daftar untuk menyertai dan menerima kapsul atau tablet kunyah Juice Plus+ untuk anak anda – percuma – sehingga empat tahun sebagai peserta kajian.
KEPUTUSAN KAJIAN KESIHATAN KELUARGA
Semak keputusan kajian kesihatan keluarga kami untuk melihat kekuatan impak Juice Plus+ terhadap kesihatan keluarga anda. Ketahui lebih lanjut tentang program Permulaan yang Sihat untuk Keluarga!
Ibu bapa yang menyertai Kajian Kesihatan Keluarga perlu melengkapkan tinjauan tahunan untuk membantu mengukur impak daripada perubahan gaya hidup terhadap kesejahteraan keluarga mereka. Tinjauan ini merangkumi beberapa siri soalan untuk ibu bapa menilaikan kesihatan keseluruhan bagi keluarga mereka.
Daftarkan Keluarga Anda Hari Ini
Sertai Kajian Kesihatan Keluarga dalam tiga langkah mudah!
Mendaftar
Daftar sebagai pelanggan Juice Plus+ dan beli kunyah lembut Juice Plus+..
Penyertaan
Sebagai bonus kerana menjadi pelanggan, jika anda layak, (lihat syarat di bawah), anda akan menerima tablet kunyah Buah-buahan Juice Plus+ dan Sayur-sayuran Juice Plus+ untuk anak anda — percuma — sehingga empat tahun sebagai peserta kajian.
Penilaian
Selepas menerima penghantaran pertama, anda perlu melengkapkan tinjauan awal yang ringkas untuk memantau tabiat makan anda dan keluarga anda pada masa itu. Selepas tinjauan tersebut, anda akan menerima 5 tinjauan susulan sepanjang tempoh maksimum 4 tahun, untuk menjejak kemajuan anda ke arah gaya hidup yang lebih sihat.
Pendaftaran
Sudah bersedia untuk menyertai Kajian Kesihatan Keluarga? Isikan maklumat untuk membantu anda bermula.
Keperluan
- Bagi Orang Dewasa: Untuk mendaftar sebagai pelanggan Juice Plus+, anda mesti berumur lebih daripada 18 tahun dan merupakan ahli keluarga kepada kanak-kanak tersebut.
- Bagi Remaja: Anak anda mesti berumur antara 4 hingga 21 tahun