Tutup

Apa yang anda mahu cari?

Tutup

tiada item untuk dipaparkan

Product
KUANTITI 0
RM0.00

Akaun Saya

PENGALAMAN JUICE PLUS+

NIKMATI HIDUP INI SEPENUHNYA

Anda sukakan kehidupan anda. Sebab itulah anda mengekalkan kecergasan anda dan menjaga diri anda. Anda ingin menikmati setiap hari sepenuhnya tanpa kompromi.

Juice Plus+ boleh membantu anda menikmati kehidupan ini sepenuhnya. 

Kami menggalakkan orang ramai di seluruh dunia untuk memperbaiki kehidupan mereka - untuk mengecapi kehidupan yang lebih bermakna, untuk menjadi diri sendiri, dan untuk mencapai matlamat peribadi. Kesemua ini merangkumi pengalaman Juice Plus+. Pengalaman yang dikongsi oleh orang lain boleh membuka mata anda kepada gaya hidup yang baharu, dan kemungkinan yang mampu dicapai oleh anda, keluarga anda serta rakan-rakan anda. Pengalaman Juice Plus+ ini mudah dan boleh diperolehi dengan melakukan sedikit perubahan dalam gaya hidup anda.

Juice Plus+ dikenali di serata dunia, dan rangkaian produk Juice Plus+ serta Complete by Juice Plus+ diterima baik oleh mereka, termasuk atlet-atlet sukan ekstrem dan profesional. Perkara ini tidak menghairankan kerana produk kami sesuai untuk diambil oleh para atlet untuk membekalkan tubuh dengan nutrien asli, mempercepatkan pertumbuhan semula, dan meningkatkan prestasi keseluruhan.  Temui Duta-duta kami!

Kami mengesyorkan Kajian Kesihatan Kanak-kanak untuk keluarga yang mempunyai anak. Kajian pemerhatian ini diperkenalkan oleh Juice Plus+ kerana kami mengutamakan pemakanan kanak-kanak dan remaja.

Bagi kami, usia tidak patut menghalang sesiapa daripada menjadi diri sendiri.

Kami juga berminat untuk mengetahui pengalaman anda sendiri. Kongsikannya bersama kami!


Program Permulaan Sihat untuk Keluarga daripada Juice Plus+ bermatlamat untuk menginspirasikan kehidupan yang sihat di seluruh dunia dengan mengamalkan kehidupan yang sihat di rumah. Ketahui lebih lanjut hari ini!


Ramai atlet profesional menyukai produk Juice PLUS dan Complete by Juice Plus+. Kenali mereka dan ketahui kisah mereka!

Juice PLUS+® Capsules

PRODUK JUICE PLUS+

KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN KEMUNGKINAN

Anda ingin berasa hebat. Oleh itu, anda perlu memberikan tubuh anda tenaga yang betul. Buah-buahan dan sayur-sayuran segar memberikan anda tenaga yang diperlukan untuk memenuhi cabaran harian anda: sama ada di tempat kerja atau pada waktu lapang.

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi tidak selalunya mudah dalam kehidupan seharian yang moden dan banyak tekanan ini. Sebab itulah kami di Juice Plus+ ingin memudahkannya untuk anda. Produk kami mengimbangkan keperluan antara makanan yang dimakan dan makanan yang perlu dimakan setiap hari.

Kami telah menggabungkan kebaikan 30 jenis buah-buahan, sayur-sayuran dan beri dalam bentuk kapsul yang mudah diambil. Ini bermaksud anda boleh memanfaatkan kebaikan fitonutrien, vitamin, dan mineral sepenuhnya. Pada masa yang sama, anda juga boleh memanfaatkan kebaikan antioksidan yang berguna – terutamanya untuk kecantikan dalaman dan luaran.

Dos optimum untuk orang dewasa adalah dua kapsul buah-buahan, sayur-sayuran dan beri setiap hari. Kanak-kanak sehingga umur 13 tahun hanya perlu mengambil satu kapsul buah-buahan, sayur-sayuran dan beri setiap hari. Sentiasa mengambil kapsul dengan air yang banyak.

Apa salahnya mencuba? Kedai Juice Plus+

Juice PLUS+® Complete

PRODUK COMPLETE BY JUICE PLUS+

LENGKAPKAN KEHIDUPAN ANDA

Bekalkan tubuh anda dengan tenaga untuk menghadapi hari anda! Produk Complete membekalkan tubuh anda dengan segala kebaikan yang boleh membantu anda menikmati hidup anda sepenuhnya.

Cubalah produk Complete by Juice Plus+!

DUTA
DAVE O’BRIEN

Pada umur 54, Dave O’Brien merupakan peserta tertua dalam perlumbaan "4Deserts", iaitu larian 1000 km merentasi empat gurun. Warga Ireland ini sentiasa bersedia untuk menyahut cabaran baharu.

"Saya menyertai perlumbaan tersebut untuk membuktikan kepada diri sendiri yang saya boleh melakukannya – bahawa saya memiliki kuasa mental untuk terus berlawan. Ini termasuk tingkah laku yang positif dalam kehidupan dan sudah tentunya, diet yang baik. Semasa berlatih, sumber makanan utama saya adalah produk Complete by Juice Plus+. Kandungan mineral dan nutrien tambahannya menggantikan pengambilan bahan tersebut oleh tubuh saya, untuk mengurangkan tekanan oksidatif. Saya gembira kerana Juice Plus+ memberikan sokongan terbaik untuk saya hadapi apa jua cabaran!"