Tutup

Apa yang anda mahu cari?

Tutup

SOALAN-SOALAN LAZIM TENTANG JUICE PLUS+

1. Mengapakah Juice Plus+ adalah pilihan yang baik?

Pengalaman selama 20 tahun dan program penyelidikan klinikal bebas yang dijalankan telah menunjukkan bahawa Juice Plus+ adalah “alternatif yang terbaik selepas buah-buahan dan sayur-sayuran”. Juice Plus+ dengan pati buah-buahan dan sayur-sayuran yang dirumus secara khusus, digabungkan dengan vitamin terpilih daripada sumber asli untuk menghasilkan produk yang diperakui. Juice Plus+ mengandungi nutrien yang membantu kesihatan anda dalam pelbagai cara, seperti yang ditunjukkan berikut.

Nutrien dalam Juice Plus+
Menyumbang kepada: Beta-Karotin (Provitamin A)) Vitamin C Vitamin E Asid folik Kajian dengan Juice Plus+
Fungsi sistem imun normal  
Fungsi sistem imun normal semasa/selepas aktiviti fizikal yang intensif melindungi sel daripada tekanan oksidatif      
Protects cells from oxidative stress  
Fungsi salur darah normal      
Metabolisme homosisteina normal      
Pemeliharaan kulit normal    
Fungsi gigi dan gusi normal      
Pertumbuhan tisu semasa hamil      




Melainkan Juice Plus+, tiada pelengkap nutrisi berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran lain yang telah menjalani penyelidikan saintifik secara meluas dan mendalam, seperti produk kami. Ini membolehkan anda menilaikan produk berdasarkan fakta, tanpa perlu bergantung pada pandangan subjektif pengguna individu.

2. Bolehkah kanak-kanak mengambil Juice Plus+?

Tablet kunyah lembut Juice Plus+

Tablet kunyah lembut Juice Plus+ adalah alternatif yang enak bagi kanak-kanak. Ia mengandungi kira-kira separuh daripada nilai nutrisi buah-buahan dan sayur-sayuran yang terdapat dalam kapsul. Bagi kanak-kanak antara 4 dan 13 tahun, kami mengesyorkan 2 kapsul kunyah lembut Juice Plus+ setiap hari. Dos orang dewasa yang disyorkan turut merangkumi dos kanak-kanak berumur lebih 13 tahun, iaitu: 4 kapsul kunyah lembut Juice Plus+ setiap hari.

3. Apakah yang membezakan Juice Plus+ daripada produk vitamin biasa yang lain?

Juice Plus+ tidak boleh dibandingkan dengan produk vitamin yang normal. Bahan utama dalam Juice Plus+ adalah serbuk buah-buahan, sayur-sayuran dan beri dengan kepekatan tinggi, yang membekalkan fitonutrien serta vitamin dan mineral yang penting. Keistimewaan Juice Plus+ terletak dalam gabungan semua bahan ini yang diperolehi daripada sumber asli, dan bukan dalam dos sesuatu “bahan individu” sahaja.

4. Apakah yang terkandung dalam Juice Plus+?

Juice Plus+ mengandungi 30 jenis buah-buahan, sayur-sayuran dan beri ranum yang diproses dengan teliti menggunakan kaedah khas kami. Hasilnya adalah serbuk jus dan pulpa yang menggabungkan semua mikronutrien penting daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan beri, dan diseimbangkan dengan beberapa vitamin penting. Semua ramuan didapati daripada sumber asli. Ramuan individu boleh didapati pada bungkusan pelengkap Juice Plus+ dan di sini.

5. Mengapakah serbuk buah-buahan, sayur-sayuran dan beri dilengkapkan dengan vitamin?

Hanya 3 daripada 13 vitamin utama yang ditambah ke dalam Juice Plus+ – vitamin E, C, asid folik dan provitamin A (beta-karotena). Unsur fisiologinya melengkapkan ciri-ciri fitonutrien pada buah-buahan, sayur-sayuran dan beri dalam Juice Plus+® dengan baik (rujuk kepada jadual dalam soalan 1).

Pengguna Juice Plus+ akan dibekalkan dengan vitamin C, E, asid folik dan provitamin A (beta-karotena). Ini bermakna anda tidak lagi perlu mengambil pelengkap makanan yang lain untuk mendapatkan vitamin-vitamin ini.

6. Dari manakah asalnya vitamin yang ditambah ini?

Semua vitamin yang ditambah (rujuk kepada soalan 7) berasal daripada sumber asli. Contohnya, provitamin A (beta-karotena) berasal daripada alga Dunaliella salina, lobak merah dan sumber lain, vitamin C berasal daripada ceri acerola dan sumber lain, vitamin E berasal daripada minyak kacang soya, dan asid folik pula diperoleh daripada bio-penapaian, iaitu kaedah yang serupa dengan pembentukan asid folik dalam tubuh manusia.

7. Mengapakah Juice Plus+ mengandungi lebih daripada 100 % “pengambilan harian yang disyorkan” (% RDA) bagi vitamin?

Pengambilan harian yang disyorkan (RDA) adalah panduan bagi purata pengambilan nutrien yang diperlukan untuk mencegah penyakit kekurangan zat dalam individu yang sihat. Pengambilan ini membekalkan populasi umum dengan bekalan vitamin minimum yang diperlukan bagi mengekalkan kesihatan mereka. Pengambilan ini tidak membekalkan anda dengan bekalan vitamin yang optimum, kerana ia tidak mengambil kira keadaan atau faktor tertentu seperti kehamilan, merokok, sukan kompetitif, penyakit, umur dan jantina. Perundangan turut ditempatkan untuk mentakrifkan julat yang selamat, sihat dan dibenarkan bagi pelengkap nutrisi yang melebihi paras RDA. Jelasnya, jumlah vitamin dalam Juice Plus+ berada dalam julat ini, dan dianggap sebagai jumlah biasa bagi makanan.

8. Bagaimanakah Juice Plus+ dihasilkan?

Pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran dan beri ditanam di kawasan pertumbuhan yang terbaik. Ini termasuk kawasan di Amerika Utara dan Eropah. Selepas menuai, pemprosesan terus dijalankan menggunakan teknologi terkini yang terbaharu untuk memastikan kandungan nutrien yang bernilai boleh dimanfaatkan secara maksimum. Selain jus dan pulpa, bahagian empulur dan kulit buah-buahan, sayur-sayuran serta beri turut digunakan. Oleh itu, Juice Plus+ tertakluk pada kawalan kualiti di Switzerland.

9. Bagaimanakah kualiti unggul Juice Plus + dipastikan?

Juice Plus+ diperiksa secara berterusan sepanjang seluruh rantaian pengeluaran, bermula dari buah-buahan dan sayur-sayuran, kepada penghasilan serbuk dan akhirnya sebagai produk yang siap. Pemeriksaan ini merangkumi proses menganalisis sisa bahan berbahaya. Bahan mentah diluluskan dengan pematuhan ketat pada semua arahan EU yang berkenaan.

Kelulusan ini turut disahkan bagi kapsul Juice Plus+ oleh SGS INSTITUT FRESENIUS secara berasingan, dan ditunjukkan oleh label kualiti.

10. Adakah terdapat apa-apa bahan tambahan dalam Juice Plus+?

Juice Plus+ dirumus menggunakan sumber asli dan bebas daripada: 

• bahan pengawet
• pewarna sintetik
• penstabil kimia
• GMO = organisma terubahsuai secara genetik

11. Adakah Juice Plus+ merupakan produk organik?

Di mana mungkin, kami menggunakan buah-buahan, sayur-sayuran dan beri yang ditanam secara organik untuk menghasilkan Juice Plus+. Semua ramuan sentiasa diperiksa untuk kehadiran racun perosak dan racun herba bagi memastikan produk Juice Plus+ memenuhi standard kualiti yang tinggi. Walaupun demikian, Juice Plus + bukan produk organik mengikut garis panduan semasa.

12. Adakah Juice Plus+ mengandungi sebarang gluten?

Menurut standard semasa Suruhanjaya Alimentar Kodeks (FAO, WHO dan Peraturan EU (EU) No 609/2013 dan No 828/2014), kandungan gluten mesti berada di bawah 20 ppm (mg/kg) sebelum produk boleh dilabelkan “bebas gluten”. Peraturan ini turut merangkumi semua pelengkap makanan Juice Plus+.

13. Bolehkah saya mengambil Juice Plus+ jika saya mengalami ketidaktoleransi fruktosa?

Juice Plus+ mengandungi fruktosa dalam jumlah yang berikut:

2 tablet kunyah Juice Plus+ buah-buahan:     kira-kira 0,8 g
2 tablet kunyah Juice Plus+ sayur-sayuran:    kira-kira 0,8 g
Mengikut perbandingan: 100 g salad mengandungi 530 mg fruktosa*.
  100 g timun mengandungi 878 mg fruktosa*..
  *Persatuan Pemakanan Jerman, DGE, 2005

Memandangkan setiap keadaan toleransi fruktosa adalah berbeza-beza, tiada pernyataan yang muktamad boleh dibuat. Bagi pelanggan dengan ketidaktoleransi fruktosa, keputusan untuk mengambil Juice Plus+ mesti dibuat oleh pelanggan tersebut atau pengamal perubatan mereka.

14. Adakah Juice Plus+ mengandungi laktosa?

Semua pelengkap nutrisi Juice Plus+ adalah bebas laktosa.

15. Berapa banyak karbohidrat yang terkandung dalam Juice Plus+?

Sama seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, Juice Plus+ turut mengandungi karbohidrat, tetapi dalam jumlah yang amat kecil:

Kapsul buah-buahan dan sayur-sayuran Juice Plus+:

Kapsul 2+2 Juice Plus+ (dos orang dewasa) 

  1,30 g

Kapsul Juice Plus+ Premium:

Kapsul 2+2+2 Juice Plus+ (dos orang dewasa) 

  1,66 g

Pastil buah-buahan dan sayur-sayuran Juice Plus+:

Pastil 2+2 Juice Plus+ (dos kanak-kanak) 

  8,2 g

Pastil Juice Plus+ Premium:

Pastil 2+2+2 Juice Plus+ (dos kanak-kanak)                 

  12 g

Pastil 2+2+2 Juice Plus+ (dos kanak-kanak)               

Tablet kunyah 2+2 Juice Plus+ (dos bagi kanak-kanak) 

  5,2 g



Pelengkap nutrisi Juice Plus+ juga sesuai untuk diambil oleh pesakit diabetes. Di bawah saranan pemakanan moden, pesakit diabetes boleh makan semua benda, termasuk karbohidrat. Namun, mereka mesti mengambil kira semua benda tersebut dalam pengiraan nilai nutrisi mereka, contohnya untuk menentukan jumlah insulin yang diperlukan.

16. Apakah pemanis yang digunakan untuk tablet kunyah Juice Plus+?

Untuk menambah sedikit kemanisan dalam tablet lembut kunyah Juice Plus+, karbohidrat khas daripada ubi kayu dan sedikit gula tebu organik digunakan. 1 kapsul kunyah Juice Plus+ mengandungi kira-kira 1 g gula.

17. Bolehkah Juice Plus+ diambil oleh individu yang mempunyai alahan?

Soalan ini hanya boleh dijawab setelah keterukan alergi diketahui. Menurut pengalaman kami, ketahanan alergi terhadap Juice Plus+ adalah baik, meskipun terdapat alergi kepada salah satu buah-buahan yang terkandung, jika diambil dalam keadaan segar. Dari segi alergi, sentiasa dapatkan nasihat perubatan sebelum mengambil Juice Plus+ dan periksa ramuan pada label.

18. Juice Plus+ – kemungkinan dan pembatasan

Umumnya, Juice Plus+ dianggap sebagai barang makanan. Ia mengandungi mikronutrien seperti fitonutrien, yang membentuk diet yang normal dan terkandung dalam makanan dalam jumlah yang biasa. Oleh itu, Juice Plus+ boleh menyokong proses fisiologi dalam tubuh, tetapi penggunannya tidak digalakkan sebagai agen terapeutik. Dakwaan barang makanan tentang penyakit dan kesihatan perlu mematuhi Peraturan Undang-undang Makanan dan Dakwaan Kesihatan.

19. Juice Plus+ apabila diambil bersama ubat-ubatan lain

Juice Plus+ adalah pelengkap nutrisi yang umumnya, dianggap sebagai makanan. Oleh itu, tiada kesan sampingan yang dijangkakan dengan penggunaan bersama ubat-ubatan. Sila dapatkan saranan doktor anda dan baca risalah arahan dalam paket untuk mendapatkan senarai kesan-kesan sampingan jika diambil bersama bahan lain (ubat-ubatan, makanan, dll.).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi individu yang memberikan anda brosur ini atau hantarkan e-mel kepada kami di: