Tutup

Apa yang anda mahu cari?

Tutup

SOALAN-SOALAN LAZIM TENTANG PRODUK COMPLETE BY JUICE PLUS+

Adakah anda masih mempunyai soalan tentang produk Complete by Juice Plus+? Tiada masalah! Anda boleh dapatkan jawapannya di sini.

1. Bolehkah saya mengambil produk Complete by Juice Plus+ jika saya mengalami alergi?

Umumnya: semua produk Complete adalah makanan yang mengandungi ramuan makanan yang biasa. Alergi boleh disebabkan oleh hampir semua makanan (yang mengandungi protein). Bagi pelanggan dengan alergi sedia ada, keputusan untuk mengambil produk Complete mesti dibuat oleh pelanggan tersebut atau pengamal perubatan mereka. Butiran ramuan bagi setiap produk Complete boleh didapati di sini

2. Bolehkah produk Complete by Juice Plus+ diambil oleh pesakit diabetes?

Umumnya: di bawah saranan pemakanan moden, pesakit diabetes boleh makan “semua benda”, termasuk karbohidrat. Namun, mereka mesti mengambil kira semua benda tersebut dalam pengiraan nilai nutrisi mereka, contohnya untuk menyesuaikan dos insulin yang diperlukan. 

Produk Complete mengandungi jumlah karbohidrat yang berikut:

Minuman Kocak Vanila 29.2 g / hidangan sedia diminum

Minuman Kocak Coklat 27.4 g / hidangan sedia diminum

Bar Buah-buahan Campur 19.5 g / bar

Bar Coklat 21.7 g / bar

Sup Sayur-sayuran 20.0 g / hidangan sedia dimakan

3. Apakah jenis gula yang terkandung dalam produk Complete dan sumbernya?

Serbuk Minuman Kocak Vanila dan Coklat Complete

Rumusan Minuman Kocak Complete kami mengandungi gula daripada jus anggur dan bit gula. Kebanyakan gula yang terkandung adalah sukrosa, selain sedikit glukosa dan fruktosa.

- Hidangan sedia diminum bagi Minuman Kocak Vanila dan Coklat Complete yang disediakan menurut arahan, mengandungi laktosa (gula susu) daripada 250 ml susu skim, dan gula yang disenaraikan di atas.
 

Bar Buah-buahan Campur Complete

Bar Buah-buahan Campur mengandungi sirap agave dan sirap beras. Rasa manis turut diperoleh daripada buah-buahan dalam Bar Buah-buahan campur (cth. kranberi, mangga, kurma). Jenis gula yang terkandung adalah fruktosa, glukosa dan sukrosa.

Bar Coklat Complete

Bar Coklat mengandungi sirap agave dan sirap beras. Rasa manis turut diperoleh daripada coklat dan buah-buahan dalam Bar Coklat (cth. kranberi, kismis, coklat). Jenis gula yang terkandung adalah fruktosa, glukosa dan sukrosa.

Sup Sayur-sayuran Complete 

Sup sayur-sayuran mengandungi sedikit gula daripada sayur-sayuran yang terdapat dalam rumusan tersebut (cth. lobak merah, brokoli, bawang) dan maltodekstrin. Jenis gula yang terkandung adalah fruktosa, glukosa dan sukrosa.


- Hidangan sedia dimakan bagi Sup Sayur-sayuran Complete yang disediakan menurut arahan, mengandungi laktosa (gula susu) daripada 300 ml susu skim, dan gula yang disenaraikan di atas.

4. Apakah tahap kualiti protein bagi produk Complete by Juice Plus+?

Kandungan protein dalam produk Complete menggabungkan sumber protein sayur-sayuran yang berbeza (soya, tauhu, nasi dan kacang kuda), untuk menghasilkan nilai biologi (BV = ukuran kecekapan bagi penukaran protein daripada makanan kepada bahan yang dihasilkan oleh tubuh secara semula jadi) yang tinggi, untuk memastikan ketinggian kualiti protein yang luar biasa. Diet yang kaya dengan protein adalah bermanfaat bagi individu yang menjalankan aktiviti sukan atau membina kekuatan.

5. Adakah produk Complete by Juice Plus+ mengandungi fruktosa? Apakah maksudnya ini bagi individu dengan ketidaktoleransi fruktosa?

Minuman kocak Complete mengandungi jumlah fruktosa yang berikut:

Minuman Kocak Vanila <2 g / hidangan sedia diminum

Minuman Kocak Coklat <2 g / hidangan sedia diminum

Bar Buah-buahan Campur 5,3 g / bar

Bar Coklat 5,5 g / bar

Sup Sayur-sayuran 0.5 g / hidangan sedia dimakan

Aras ambang bagi ketidaktoleransi fruktosa adalah berbeza-beza. Bagi sesetengah orang, ketidaktoleransi boleh dicetuskan oleh hanya beberapa gram dan bagi orang lain, ia boleh dicetuskan hanya selepas mengambil jumlah harian melebihi 10 g.

Mengikut perbandingan: 1 gelas jus epal (200 ml) mengandungi kira-kira 13 g fruktosa.

1 biji pisang mengandungi kira-kira 20 g fruktosa.

Bagi pelanggan dengan ketidaktoleransi fruktosa, keputusan untuk mengambil produk Complete mesti dibuat oleh pelanggan tersebut atau pengamal perubatan mereka.

6. Adakah produk Complete by Juice Plus+ bebas gluten?

Semua produk Complete adalah bebas gluten*.

 

*Menurut standard Codex Alimentarius terbaharu (FAO, UN, WHO, 2007) serta Peraturan EU (EU) No 609/2013 dan No 828/2014. Ini bermaksud kandungan gluten dalam produk siap adalah kurang daripada 20 ppm (mg/kg).

 

7. Adakah ramuan GMO digunakan?

GMO (Organisma Terubahsuai Secara Genetik) Syarikat Juice Plus+ Berhad tidak menggunakan makanan yang dihasilkan daripada ramuan GMO.

8. Adakah produk Complete by Juice Plus+ bebas laktosa?

Bar Buah-buahan Campur Complete adalah bebas laktosa. Serbuk minuman kocak Complete juga adalah bebas laktosa. Minuman kocak boleh disediakan sebagai minuman bebas laktosa jika susu skim digantikan denga susu skim bebas laktosa. Sebagai alternatif, gunakan susu bukan tenusu yang tawar dan kaya dengan kalsium, seperti susu soya. Maklumat nutrisi pada label hidangan sedia dimakan, dikira menggunakan 250 ml susu skim biasa memandangkan jumlah ini adalah sesuai bagi pengambilan yang disarankan.

9. Apakah perkara yang perlu diperhatikan dalam pengambilan produk Complete by Juice Plus+ semasa sedang mengambil ubat-ubatan (kemungkinan interaksi)?

Produk Complete adalah barang makanan. Kesan sampingan yang mungkin berlaku jika diambil bersama makanan atau kumpulan makanan tertentu biasanya terdapat pada risalah maklumat yang disertakan dengan ubat-ubatan tersebut. Label produk Complete menyenaraikan semua ramuan dan boleh didapati di sini.

10. Bolehkah produk Complete by Juice Plus+ diambil semasa hamil/menyusu badan?

Umumnya: wanita yang hamil dan menyusu badan harus mengamalkan diet yang pelbagai dan seimbang. Kehilangan berat badan yang tidak betul melalui VLCD (Diet Kalori Terlalu Rendah – kira-kira < 800 kcal/hari) boleh menyebabkan kekurangan nutrisi yang boleh membahayakan perkembangan anak tersebut. Umumnya, kami tidak menasihatkan pengguna untuk menurunkan berat badan semasa hamil atau menyusu badan tanpa mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu.

11. Bolehkah produk Complete by Juice Plus+ membantu saya terutamanya sebelum dan selepas aktiviti sukan?

Produk Complete amat sesuai untuk diambil sebelum, semasa, dan selepas aktiviti sukan. Produk-produk mengandungi nutrien berkualiti tinggi dalam sukatan optimum dan protein sayur-sayuran dengan nilai biologi yang tinggi (lihat kualiti protein). Oleh itu, produk Complete merupakan sumber nutrisi yang amat bernilai untuk para atlet.

12. Bolehkah saya mengambil produk Complete by Juice Plus+ jika saya mengalami alergi soya?

Soya adalah ramuan penting bagi semua produk Complete. Risiko mencetus reaksi alahan hanya boleh dinilaikan oleh penghidap alergi tersebut.

13. Adakah produk Complete by Juice Plus+ produk vegetarian, dan bolehkah ia disediakan sebagai makanan vegetarian?

Bar Buah-buahan Campur Complete adalah makanan vegetarian. Untuk mengekalkan minuman kocak Complete sebagai produk vegetarian, sediakannya menggunakan susu bukan tenusu yang tawar dan kaya dengan kalsium, seperti susu soya. Maklumat nutrisi pada label hidangan sedia dimakan, dikira menggunakan 250 ml susu skim biasa, dan tidak sesuai untuk digunakan dalam kaedah penyediaan alternatif.

14. Bolehkah saya menggunakan air untuk menyediakan minuman kocak Complete by Juice Plus+?

Profil nutrisi bagi Minuman Kocak Complete disediakan berdasarkan kedua-dua kandungan nutrien dalam susu skim dan serbuk Complete. Menggunakan air untuk menyediakannya akan menurunkan nilai nutrisi minuman yang disediakan, dan boleh menjejaskan keseluruhan pengambilan nutrien anda.  Dengan itu, kami mengesyorkan anda mengikut arahan penggunaan pada bungkusan, atau bincangkan alternatif lain dengan pihak Penjagaan Kesihatan anda.

15. Apakah ramuan yang terkandung dalam produk Complete by Juice Plus+?

Ramuan bagi setiap produk Complete disenaraikan pada label masing-masing.

 

Label Minuman Kocak Vanila Complete

Label Minuman Kocak Coklat Complete

Label Bar Buah-buahan Campur Complete

Label Bar Coklat Complete

Label Sup Sayur-sayuran Complete

Label Penggalak Complete